Monday, November 9, 2015

The POWER of SUSU IBU

Ehhh apa hebat sangat Susu Ibu ni sampaikan Puteri Nur Adelia Alanna hingga sekarang masih tetap nak melekat macam koala bear. Tiap malam kalau nak tidur asik nak melekap je kalau tak dapat mesti merengek “miiik..miiiik” Setiap hari kalau Rina balik kerja, jemput dia di rumah Omanya, terus berlari peluk Mummynya dan  dengan gelojoh tak sabar dan rakusnya menyelak baju Mummynya. Aduhai si Dombot mummy ni. Memang tak lengkaplah harinya kalau tak minum susu fav dia  jenama cap keluaran mummynya sendiri “Actorina Yulia Wardani” . Memang betul betul terkena penangan  “POWER OF NENEN” hehe..

Bagi Rina moment paling best kalau dapat menyusukan anak ialah :-


BONDING SESSION!!!!!! Yaa Kalau kita menyusukan anak memang dapat sangat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. The moment ur baby mengintip tengok muka u sambil menetek. Speechless!!





Sebenarnya tak rugi pun menyusu badan ni, malah menguntungkan, Beri kebaikan dan kelebihan buat kedua pihak ibu dan anak. Bak kata pepatah org putih “win win situation” haha. Jadi macam mana nak untung? Kalau nak untung kena invest kan

·  Invest dalam minda. It's all about mind set. "SAYA NAK FULLY BREASTFEED!" Tanamkan dalam hati sedari dari awal mengandung, niat berazam nak menyusukan anak secara ekslusif sekurangnya 6 bulan.
·  Invest dalam Ilmu. Banyakkan membuat persedian dengan mencari pengetahuan dalam mencari rujukan, tips dan info mengenai penyusuan badan. Boleh layari www.infosihat.gov.my untuk info.
·  Invest dalam emosi. Hati kena cekal dan kuat!! Walau apa pun halangan dan dugaan be strong!! You can do it mommies!! Never Give up!! Perlukan sokongan dari suami, keluarga, teman dan masyarakat sekililing (teringat dulu masa check up di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung, tiap bulan dtg check up mesti nurse brainstorm“Puan nanti meyusu badan ye” tiap tiap bulan remind  dan nasihat perkara yang sama. Suami faham dengan keadaan. Kawan kawan juga banyak beri dorongan supaya jangan mudah putus asa.  

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PENYUSUAN BADAN UNTUK ANAK


·  Susu ibu kaya dengan antibodi bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri.
·  Antibodi ini mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah jangkitan pernafasan, cirit birit, alahan dan mencegah dari pelbagai penyakit.
·  Susu ibu mengandungi nutrien yang sesuai dan cukup untuk perkembangan bayi  membesar. Protein dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak serta mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak.
·  Selain itu rasanya juga milkylicious, delicious, yummy dan tasteful buat bayi =) Ini kerana susu ibu adalah susu terbaik di dunia!!!


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PENYUSUAN BADAN BUAT IBU

·  Menurut kajian, Wanita yang meyusukan anak boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan Rahim.
·  Para ibu yang fully breast feeding selalunya badan mesti cepat kembali langsing  tanpa perlu ke gym dan diet. Menyusu badan pun mampu membakar lebih kurang 600 kalori sehari tau!! Cuma duduk diam diam menyusukan anak besok lusa badan dah kembali macam zaman anak dara.
·  Kepuasan dan perasan yang tidak dapat digambarkan SETITIS SUSU IBU ADALAH ANUGERAH YANG TERNILAI, rasa bahagia dapat beri perkara terbaik dan berkongsi kurnian tuhan ini buat anak sendiri. Dapat pahala tau susukan anak dengan susu badan sendiri.
               
Oklah asik cerita kebaikan buat ibu dan anak, ayahnya macam mana?
Baiklah memandangkan kaum bapa merupakan penyumbang utama keluarga ekonomi keluarga, dengan adanya para Ibu yang menyusu badan, ini dapat Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan =)

See I told ya!! Menyusu badan ni memang manyak untung wooo!!!! keuntungan yang berlipat ganda…..



Alhamdulillah Rina menyusukan Alanna secara EKSKLUSIF selama ENAM (6) BULAN pertama. Dan hingga sekarang masih lagi diteruskan. Malah berkongsi nutrisi dengan bakal adiknya didalam perut. Insyaallah mudah’an semua dipermudahkan. Moga anak kedua ni nanti pun dapat susu terbaik dari Rina =)

Kepada bakal ibu dan mommies.

ingat

IT’S ALL ABOUT MINDSET!!! Niat niat niat dan niat dan keep repeating this “SAYA NAK FULLY BREASTFEED!!!” word have power!!

dan ingat

SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK!! Yaa tiada susu sebaik susu ibu, memang tiada tandingannya!!!! 


Baby Adelia Alanna bersama BFFnya Hana Aufa Happy selepas dapat  "Power of Susu Ibu" To mommy out there, jgn risau kalau nak BF anak anda kalau tengah jalan jalan di mall sebab  sekarang baby room/nursing room memang ada hampir di setiap shopping mall.. Macam macam kemudahan disediakan sekarang..Cantik selesa dan lengkap untuk ibu dan anak.

SO MOMMIES.. YOU CAN DO IT!!!!

Friday, July 10, 2015

Sahur dengan HORLICKS

Salam Ramadhan Al-Kareem



Chaaaak!!! Puasa tak??
Bagaimana Ramadhan tahun ini?

Saya nak share sikit yang Ramadhan tahun ni lebih bermakna buat saya kerna anak buahku Rania sudah belajar mulai puasa =) 

Selepas menonton rancangan kartun kegemaran Rania episod Ramadhan, tiba-tiba..

Rania : Mummy, Rania nak puasa laa..
Me : Rania nak puasa? Kenapa tiba tiba nak puasa
Rania : Kartun tu puasa. Mummy,Ibu,Oma semua pun puasa..Rania nak puasa juga..Kalau tak puasa nanti tak dapat duit raya
 Me : Hahaha, Rania kita puasa bukan sebab nak dapat duit raya tau..Kita puasa sebab Allah, kita kena jalankan dan laksanakan ibadah Rukun Islam. Kita kena solat, kena puasa, barulah Allah kasi hadiahdan ganjaran..
Rania : A’ah Rania nak solat .. nak puasa juga
Me : Kalau Rania puasa,Allah kasi hadiah, Mummy pulak kasi hadiah duit raya buat Rania
Rania: Nak,nak,nak,Rania nak puasa
Me : Okay tapi kalau Rania nak puasa, besok pagi sebelum Subuh kena bangun makan Sahur boleh?
Rania : Iyaaa..

Alhamdulillah, anak kecil ini mempunyai niat untuk cuba berpuasa  seawal usia 5tahun=) Saya yakin ramai ibu bapa disini menggalakkan anak anak yang masih kecil untuk berpuasa dengan cara menjanjikan duit raya sebagai ganjaran,Ya betul tu salah satu cara untuk memberi motivasi dan semangat anak anak untuk terus berpuasa tetapi…..dalam masa yang sama kena la beri penjelasan sebenar .

PENTINGNYA HIDANGAN SIHAT SEWAKTU BERSAHUR

Ini kali pertama Rania berpuasa, boleh ke Rania bertahan sehingga Maghrib hingga waktu berbuka?  Hurmm..

Ibu bapa mempunyai peranan yang penting bagi membantu anak anak memenuhi keperluan zat harian mereka.. Sahur amat penting sebagai sumber tenaga untuk kekal sepanjang bertenaga dan kenyang sepanjang hari ketika berpuasa.Pemilihan sahur yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk anak-anak amat diperlukan.

BAGAIMANA NAK PASTIKAN ANAK-ANAK DILENGKAPI DENGAN ZAT YANG CUKUP?

Apa menu sahur yang ringkas dan penuh khasiat?


Saya sentiasa percaya pada HORLICKS, Horlicks juga minuman kegemaranku sejak kecil, ketika mengandung, ketika berpantang, hinggalah sekarang =)


KENAPA HORLICKS PILIHAN TERBAIK UNTUK SAHUR DAN MENAGAPA KANAK-KANAK PERLUKANNYA

Horlicks diperkaya dengan multivitamin dan makronutrien seperti Kalsium dan Vitamin D, mineral- mineral dan serat yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk memastikan mereka penuh berkhasiat, kekal bertenaga,aktif, peka, cergas di sekolah dan kekal kenyang di sepanjang hari ketika berpuasa.

Horlicks mengandungi 23 nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan kanak-kanak . Horlicks juga mempunyai kebaikan semulajadi yang dirumus daripada susu, barli malt dan gandum  tanpa pewarna, perasa, pemanis atau bahan awet tiruan untuk keperluan pemakanan keseluruhan anak.


JANJI HORLICKS

Dengan secawan Horlicks ketika bersahur kita mampu membantu tumbesaran anak dengan sempurna walaupun ketika mereka berpuasa =)

Horlicks padat dengan nutrient tumbesaran
Dengan 23Nutrien Penting + Kepakaran dalam Nutrisi + Rasa Yang Lazat
Anak boleh kekal kenyang  dan mempunyai tenaga lebih lama, serta peka dan cergas di sekolah sepanjang berpuasa.

HORLICKS KHAS BUAT RANIA
Khas buat Rania HORLICKS + KURMA + BANANA SHAKE

Rania ketika sahur

Rania tetap ceria selepas pulang sekolah

p/s : Rania tak puasa penuh, bertahan sehingga jam 3petang.. Halfday hehee..tak mengapalah sekurang-kurangnya dia telah mencoba, dugaan anak kecil hehehe..

Rania : Oma, rania nak minum
Oma : Ehh Rania kan puasa, mana boleh makan dan minum, Rania lapar ke?
Rania : Rania tak lapar, tapi Zahra dan baby Adel semua minum, Rania nak minum juga!!!


saya selaku ibu yang masih menyusu alhamdulillah sampai harini masih berpuasa, tetap sahur dengan Horlicks sebagai milkbooster.. Walaupun mummy puasa baby tak boleh puasa hehe..alhamdulillah bekalan air susu masih ada buat si kecil.. Terima kasih Horlicks =)


KONGSI MEMORI PUASA DAN PENGALAMAN #SAHUR DENGAN HORLICKS 



Sebagai sokongan kepada Kempen Ramadhan  Horlicks ini,  Laman Facebook rasmi Horlicks telah berkongsi petua dan panduan menarik mengenai Ramadhan serta resipi-resipi juadah Ramadhan/ Sahur Kit /Hari Raya yang ringkas dan mudah untuk anak-anak. Selain itu,Pertandingan media social juga turut dijalankan dari 18Jun – 16 Julai 2015.

Kongsi resipi sahur inovatif anda dengan memuat naik gambar ke platform media social anda dengan menggunakan hashtag #SahurdenganHorlicks.
Sekiranya para ibu mempunyai cerita mencuit hati atau menarik mengenai pengalaman puasa anak-anak anda,atau memori manis Ramadhan anda sendiri ketika  anda kecil dulu, bolehlah dikongsi bersama di laman Facebook Horlicks.Klik disini untuk lihat video memori Ramadhan.


Penyertaan terbaik akan dipilih dan Lima pemenang yang terpilih bakal memenangi dan membawa pulang 1 Tahun bekalan produk Horlicks =)

Apa tunggu lagi? HO HO HO!!!