Monday, November 9, 2015

The POWER of SUSU IBU

Ehhh apa hebat sangat Susu Ibu ni sampaikan Puteri Nur Adelia Alanna hingga sekarang masih tetap nak melekat macam koala bear. Tiap malam kalau nak tidur asik nak melekap je kalau tak dapat mesti merengek “miiik..miiiik” Setiap hari kalau Rina balik kerja, jemput dia di rumah Omanya, terus berlari peluk Mummynya dan  dengan gelojoh tak sabar dan rakusnya menyelak baju Mummynya. Aduhai si Dombot mummy ni. Memang tak lengkaplah harinya kalau tak minum susu fav dia  jenama cap keluaran mummynya sendiri “Actorina Yulia Wardani” . Memang betul betul terkena penangan  “POWER OF NENEN” hehe..

Bagi Rina moment paling best kalau dapat menyusukan anak ialah :-


BONDING SESSION!!!!!! Yaa Kalau kita menyusukan anak memang dapat sangat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. The moment ur baby mengintip tengok muka u sambil menetek. Speechless!!





Sebenarnya tak rugi pun menyusu badan ni, malah menguntungkan, Beri kebaikan dan kelebihan buat kedua pihak ibu dan anak. Bak kata pepatah org putih “win win situation” haha. Jadi macam mana nak untung? Kalau nak untung kena invest kan

·  Invest dalam minda. It's all about mind set. "SAYA NAK FULLY BREASTFEED!" Tanamkan dalam hati sedari dari awal mengandung, niat berazam nak menyusukan anak secara ekslusif sekurangnya 6 bulan.
·  Invest dalam Ilmu. Banyakkan membuat persedian dengan mencari pengetahuan dalam mencari rujukan, tips dan info mengenai penyusuan badan. Boleh layari www.infosihat.gov.my untuk info.
·  Invest dalam emosi. Hati kena cekal dan kuat!! Walau apa pun halangan dan dugaan be strong!! You can do it mommies!! Never Give up!! Perlukan sokongan dari suami, keluarga, teman dan masyarakat sekililing (teringat dulu masa check up di Klinik Kesihatan Ibu Mengandung, tiap bulan dtg check up mesti nurse brainstorm“Puan nanti meyusu badan ye” tiap tiap bulan remind  dan nasihat perkara yang sama. Suami faham dengan keadaan. Kawan kawan juga banyak beri dorongan supaya jangan mudah putus asa.  

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PENYUSUAN BADAN UNTUK ANAK


·  Susu ibu kaya dengan antibodi bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dapat membentuk antibodinya sendiri.
·  Antibodi ini mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah jangkitan pernafasan, cirit birit, alahan dan mencegah dari pelbagai penyakit.
·  Susu ibu mengandungi nutrien yang sesuai dan cukup untuk perkembangan bayi  membesar. Protein dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak serta mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak.
·  Selain itu rasanya juga milkylicious, delicious, yummy dan tasteful buat bayi =) Ini kerana susu ibu adalah susu terbaik di dunia!!!


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN PENYUSUAN BADAN BUAT IBU

·  Menurut kajian, Wanita yang meyusukan anak boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan Rahim.
·  Para ibu yang fully breast feeding selalunya badan mesti cepat kembali langsing  tanpa perlu ke gym dan diet. Menyusu badan pun mampu membakar lebih kurang 600 kalori sehari tau!! Cuma duduk diam diam menyusukan anak besok lusa badan dah kembali macam zaman anak dara.
·  Kepuasan dan perasan yang tidak dapat digambarkan SETITIS SUSU IBU ADALAH ANUGERAH YANG TERNILAI, rasa bahagia dapat beri perkara terbaik dan berkongsi kurnian tuhan ini buat anak sendiri. Dapat pahala tau susukan anak dengan susu badan sendiri.
               
Oklah asik cerita kebaikan buat ibu dan anak, ayahnya macam mana?
Baiklah memandangkan kaum bapa merupakan penyumbang utama keluarga ekonomi keluarga, dengan adanya para Ibu yang menyusu badan, ini dapat Membantu keluarga dari segi penjimatan kewangan =)

See I told ya!! Menyusu badan ni memang manyak untung wooo!!!! keuntungan yang berlipat ganda…..



Alhamdulillah Rina menyusukan Alanna secara EKSKLUSIF selama ENAM (6) BULAN pertama. Dan hingga sekarang masih lagi diteruskan. Malah berkongsi nutrisi dengan bakal adiknya didalam perut. Insyaallah mudah’an semua dipermudahkan. Moga anak kedua ni nanti pun dapat susu terbaik dari Rina =)

Kepada bakal ibu dan mommies.

ingat

IT’S ALL ABOUT MINDSET!!! Niat niat niat dan niat dan keep repeating this “SAYA NAK FULLY BREASTFEED!!!” word have power!!

dan ingat

SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK!! Yaa tiada susu sebaik susu ibu, memang tiada tandingannya!!!! 


Baby Adelia Alanna bersama BFFnya Hana Aufa Happy selepas dapat  "Power of Susu Ibu" To mommy out there, jgn risau kalau nak BF anak anda kalau tengah jalan jalan di mall sebab  sekarang baby room/nursing room memang ada hampir di setiap shopping mall.. Macam macam kemudahan disediakan sekarang..Cantik selesa dan lengkap untuk ibu dan anak.

SO MOMMIES.. YOU CAN DO IT!!!!

2 comments:




  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete