Sunday, June 5, 2016

♥ 4.6.16 Berkumpul Makan Besar bersama BFF 👭👭 ♀

“4.6.16 Berkumpul Makan Besar bersama BFF 👭👭”
MANY THANKS TO FB "SEE YOUR MEMORIES" 😅 Disebabkan status 6tahun yang lepas ,Fitri akhirnya terpaksa belanja kami BFF berkumpul sebelum Ramadhan makan di al rawsha lagi 😁 THEME : YA HABIBI YA MAULANA ARAB JUBAH
Selepas 6 tahun, kami berkumpul di sini lagi. Urmm gambar gelap je, buat penat je posing bukan nampak pun 😕
Makan Besar Makan puas puas esok puasa 😆
As usual kalau berkumpul wajib bergambar!

Emak Emak in Jubah Kami team emak yang perasan single dan sentiasa muda remaja 😅
Bapak Bapak in Jubah Geng Suami tak dibenarkan bergambar single, nanti orang sangka orang bujang. So kena paksa bergambar dengan anak, baru orang lain tau empunya badan sudah berpunya. Hak milik isteri dan anak anak 😂
Kids in Jubah 😍
Alanna dan boyfriends 😅
Keluarga Affi Ramli
Keluarga Syed Hasan
Keluarga Mohd Fitri
Keluarga Yusof
SELFIE IS A MUST Setiap family selfie di phone masing masing. Semua pakai iPhone patutlah gambar cantik. I pun nak iPong 😅 🍎
6 of us ~ 6 yrs ago Couple day out 💑💑💑
After 6 years Family day out 😅😂 Bertambah meriah ahli BFF 👭👬 👪👪👪👪
Terima kasih Fitri & Wira belanja kami. Next round kalau ada penaja, kita BFF kumpul makan besar dimsum or seafood k.
“Semoga persahabatan ini kekal bersama hingga ke nenek nenek, nak selfie BFF sampai ke tua senyum nampak gusi,muka kedut kedut 👵. Semoga kami ada rezeki untuk menjalankan ibadah umrah bersama. In Sha Allah.”

No comments:

Post a Comment